Header Ads

Header ADS

1.2 PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN.

 

1. Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas 

  • Menggunakan teknik merekrut dan proses pemilihan yang bolen menarik calon berkelayakan menyertaisesebuah perniagaan.
  • Menghuraikan bidang tugas dengan jelas supaya pekerja menjalankan tugas dengan cekap.
2. Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran 
  •  Mewujudkan semangat berpasukan
  • Setiap pekerja berusaha untuk mencapai KPI pasukan sebagai petunjuk prestasi dalam pekerjaan 

3. Prestasi pasukan 
  • Prestasi pasukan akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti pengeluaran
  •  Meningkatkan prestasi dan motivasi pasukan melalui latihan dan kursus.

4. Latihan peningkatan kemahiran
  • Program latihan dan pembangunan diberi secara berterusan
  • Program latihan dan pembangunan yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang khusus
5. Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
  • Persekitaran kerja yang selesa dapat meningkatkan produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja
  •  Persekitaran kerja yang harmoni dapat memberi ruang menjana idea yang baru
6. Pemantaan budaya profesional
  • Amalan kerja yang beretika ,berintegriti dan mementingkan kecemerlangan dapat wujudkan budaya profesional
  •  Budaya profesional dapat menjamin perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

7. Menggalakkan kreativiti dan inovasi 
  • Menggalakkan pembangunan bakat pekerja bagi menambahkan kepakaran
  • Pekerja yang kreatif dan inovatif diberi ganjaran dan penghargaan sebagai motivasi kerja mereka
8. Pemberian insentif yang munasabah 
  • Fungsi ganjaran kepada pekerja adalah untuk meningkatkan pencapaian prestasi, motivasi dan kesetiaan pekerja
  • Ganjaran yang sesuai dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni
9. Pemberhentian pekerja
  • Perniagaan perlu ada sistem pemberhentian yang sistematik supaya tiada pembaziran sumber manusia
  •  Pekerja yang menamatkan perkhidmatan atau diberhentikan perlu diberikan ganjaran atau pampasan yang setimpal sebagai tanda penghargaan atas sumbangan khidmat mereka
    Dikuasakan oleh Blogger.