Header Ads

Header ADS

1.5 pasaran antarabangsa

BAB 4 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA.

1.Maksud Perniagaan Antarabangsa.
•kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
•ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot. 
•Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.

2.Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.
-Perbezaan sumber alam semulajadi.

•sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza 

•sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya
-Perbezaan kos pengeluaran.
•sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos paling minima berbanding negara lain.  
•barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport 
-Perbezaan tingkat teknologi
•Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan 
proses pengeluaran dilakukan dengan kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.
-Hubungan antarabangsa.
•interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual.
•hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di dunia

3.Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Kepada Pengguna, Pengeluar dan Negara
-Kepentingan Kepada Pengguna
•Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
- sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk  
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad. 
- Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.
•Mempelbagaikan pilihan pengguna.
- Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza. 
- Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di pasaran.
•Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.
- Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan pengeluaran skala besar dijalankan. 
- Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.
- Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar tempatan  
- meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.
- Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi pada tahap harga yang rendah.
•Meningkatkan taraf hidup.
- ia dapat memenuhi kehendak pengguna
- mempelbagaikan pilihan pengguna
- menikmati barang berkualiti pada harga rendah
- menikmati keselesaan hidup daripada barang yang digunakan
- memenuhi cita rasa pengguna
•Menambahkan peluang pekerjaan.
- perniagaan eksport, import dan entreport memerlukan tenaga kerja yang mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar.
•Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
- pengguna terdedah kepada pelbagai pertukaran teknologi dan ilmu pengetahuan dari negara lain.

-Kepentingan Kepada Pengeluar
•Pasaran yang lebih luas
-kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah kerana barangan dapat dieksport ke pasaran dunia yang lebih luas.
•Pengeluaran berskala besar
- pengeluar mengkhusus dalam pengeluaran yang ada kecekapan dan kepakaran
- pengeluar menjalankan pengeluaran besar-besaran kerana pasaran luas
- firma tempatan akan berusaha menurunkan kos pengeluaran, 
meningkatkan keuntungan ,operasi lebih cekap dan efektif, keluaran lebih berdaya saing dan mencapai ekonomi bidangan
•Pertukaran pengetahuan dan teknologi
- hubungan dua hala menggalakkan pertukaran maklumat, pengetahuan dan teknologi
- pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran
•Lebih banyak sumber bekalan diperoleh
- pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah
- bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi 
membolehkan proses pengeluaran berterusan
•Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang
- ekonomi mengikut skel dinikmati kerana pasaran luas. 
- kos yang dijimatkan digunakan bagi meningkatkan kualiti barangan

-Kepentingan Kepada Negara
•Menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan
- melalui duti kastam ke atas import dan eksport
- cukai pendapatan ke atas keuntungan
- kerajaan menambah peruntukan untuk projek pembangunan negara 
•Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
- hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek ekonomi, social, politik, kebudayaan dan teknologi
•Mendapat pertukaran asing
- kegiatan eksport menyebabkan mata wang asing mengalir masuk
- pendapatan meningkat dan ekonomi kukuh akibat daripada imbangan dagangan lebihan
•Mengurangkan pengangguran
- pertumbuhan sector pembuatan dan perkhidmatan mewujudkan banyak peluang pekerjaan
•Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan kepakaran
- mengimport bahan mentah dan kepakaran dari negara lain
•Meningkatkan imbangan pembayaran negara
- penerimaan pembayaran eksport nyata dan tak nyata menyebabkan pengaliran masuk modal 
- imbangan pembayaran positif

4.Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa
-Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa
•Urusniaga yang berasaskan pertukaran- melibatkan penjual dan pembeli bersetuju bertukar barang 
- nilai pertukaran diukur dengan mata wang
•Matlamat untuk mencari keuntungan
-ganjaran kepada pengusaha perniagaan
•Memenuhi keperluan dan kehendak manusia
- menerusi proses jual beli
•Mengamalkan pengkhususan
- guna pendekatan terbaik untuk menikmati ekonomi bidangan
•Memerlukan factor-faktor pengeluaran yang sama
- gunakan modal, tanah, buruh dan usahawan untuk beroperasi dengan 
lancar
•Memerlukan bantuan perniagaan yang sama
- melibatkan kegiatan mengagih barangan kepada pengguna akhir maka 
bantuan perniagan digunakan

-Perbezaan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa


Dikuasakan oleh Blogger.